“Dunia glamour hanyalah bersifat sementara” Ini nasihat padu Ustaz Ahmad Dusuki padu mereka yg cuba melawan perintah Allah

Merupakan Seorang Pendakwah Bebas Berkelulusan Universiti Al-azhar Dalam Bidang Syariah Dan Undang-undang, Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Penasihat Kompleks Ilmu Al-azhari, Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima). Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki bertindak menegur seorang artis. Berikut status beliau di FB

“Saya ingin menasihati mereka yang cuba melawan perintah Allah supaya berhati hatilah saat dunia sementara ini, nikmat kecantikkan, ke mashuran, atau dunia glamour ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Saat ny4wa kalian di rentap mengadap di hadapan Allah pastinya kalian akan menyesal tak sudah!!..

Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak kemana pun kemashyuran saat ny4wa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan.

Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu!! Allah telah menyelamatkan kalian suatu masa dengan ketaatan,berbanggalah saat bertudung itu bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini..

Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan m4ksiat!!!!Tidak pernah mereka yang melawan ALLAH berjaya di dunia sementara ini, apatah lagi di akhirat nanti.”

“Kenapa rambut pendek, nak jadi PENGKlD ke?” – Jawapan padu Fathia latiff di Live IG buatkan peminat bisu

ika sebelum ini pelakon Fathia Latiff bermain teka-teki sama ada masih berhijab atau tidak melalui gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya namun pelakon cantik ini mengakui kini selesa dengan imej terbaharunya yang tidak lagi memakai hijab.

Terkini malam semalam, selesai membuat pengakuan tidak lagi berhijab, Fathia sempat melakukan satu Live session di laman Instagram. 

Kenapa berambut pendek?

Pelbagai sesi soal jawab dilakukan bersama peminat. Antara soalan nakal ialah mengenai fesyen rambut yang digayakan. Tampil ringkas berambut pendek umpama ‘t0mb0y’, peminat mula mempersoalkan jika beliau kini ke arah menjadi pengkiid?

Walau bagaimanapun, soalan tersebut mengundang tawa kecil pelakon manis ini,

“Kalau I jadi pengkiid, I lah pengkiid paling hensem di Malaysia…!” 

Tambah beliau lagi

“Saya kesian dengan orang berhijab kerana takut dengan tohmahan orang,..”

Beliau juga turut berkongsi perasaan kecewa kerana kesian dengan mereka di luar sana, yang memakai tudung sebab takut tohmahan orang ramai. Menurut beliau, jika kita mahu berhijab, haruslah boleh dapat merasai feel, atau ketenangan saat mula hijab disarungkan.

Beliau menegaskan, imej ini melambagkan keyakinan dia untuk membina semula semangat baru.

Antara foto dari sesi IG Live dari Instagram Fathia latiff

 

 

Fathia mengakui dirinya berhijab sebelum ini kerana orang lain.

Fathia ditemui MHE TV sewaktu hadir sebagai selebriti jemputan untuk majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Minimalace di Hotel Ritz Carlton.

“Saya sedar apa yang terjadi sebelum ini adalah kerana patah hati. Saya memakai hijab pun hanyalah kerana orang lain.

“Sebab itu saya hormat pada orang yang menyatakan dia berhijab kerana Allah. Sebab kerana dari apa pun semuanya bermula dari hati kita sendiri,” ujar wanita berusia 32 tahun ini.

Jelas Fathia lagi, dia cuba untuk memakai hijab seperti wanita muslimah lain, namun gagal.

“Saya gembira dengan cara saya sekarang ini. I feel so much bless and I can be myself.

Fathia nekad dengan keputusan untuk tidak lagi berhijab kerana mahu berlaku jujur pada diri sendiri.

Malah ada yang mengatakan Fathia berkemungkinan mengalami depresi.

“Saya boleh katakan, saya depresi kerana memakai hijab. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri dan sebab itu saya on-off pakai tudung.

“Tapi sekarang, apabila saya pakai tudung tapi tak ikhlas, ia tak kena. Jadi apabila hati ini sudah ikhlas kerana Allah, saya akan pakai tudung,” kata Fathia.

Namun apabila ditanya tidakkah dia ada mendapatkan bantuan atau pertolongan daripada yang pakar tentang keadaan depresinya, ini jawapan Fathia.

“Tidak. Kerana doktor hanya akan bagi ubat yang fungsinya hanyalah lebih kurang sama dengan dadah. Jadi apa gunanya? – MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*