“Maafkan mereka, anda akan lebih tenang”- Bekas isteri, PU Abu tunggu green light’ bapa uuntuk dedahkan ini

BEKAS isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini memberitahu dia menerima banyak mesej peribadi daripada wanita yang menimpa nasib sepertinya.

Ain menerusi laman Instastorynya berkata, semua orang akan melalui pengalaman kekecewaan dan tiada masalah untuk seseorang itu menangis bagi melepaskan tekanan.

“Saya ada baca beberapa mesej orang yang melalui pengalaman dalam situasi yang sama atau yang lebih teruk. Kita semua ada momen seperti itu sebelum ini.

Ain dedah terima mesej daripada wanita yang melalui situasi yang sama sepertinya.

“Kita jatuh, berhenti dan runtuh. Tak apa untuk tutup telefon anda, sorok dalam bilik dan menangis. Ia benar-benar tak apa,” katanya.

Ain sebelum ini mendedahkan dia diceraikan pendakwah itu ketika sedang sarat mengangung disebabkan kehadiran orang ketiga.

Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa.

Selain itu Ain Afini juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.

Tambah Ain, apabila seseorang itu sudah berasa tenang, dia perlu bangun dan berkata pada hati untuk memaafkan mereka yang membuat salah.

Ain juga memohon maaf kepada sesiapa yang perlu melalui kesakitan yang sama sepertinya dan menganggap individu tersebut adalah seorang yang kuat.

Image result for Hana Azraa.

PU Abu dikatakan menceraikan Ain demi mengahwini janda anak seorang bernama Hana Azraa (tengah).

“Apabila ada berasa tenang, tolong bangun. Teguk sedikit air. Duduk sebentar dan sentuh hati anda, kata: Maafkan mereka, anda akan baik-baik sahaja. Semua akan kembali cerah semula. Allah lebih mengetahui setiap perkara.

“Untuk semua yang melalui seperti saya, saya minta maaf anda perlu rasa kesakitan itu. Saya minta maaf saya tak boleh ambil kesakitan itu.

“Tapi saya nak anda tahu yang anda seorang yang kuat. Jadi baik pada Allah. Kepada yang tidak pernah lalui momen kesakitan ini, bagus untuk anda,” katanya.

Dalam pada itu, Ain turut mendoakan agar orang lain tidak perlu merasai kesakitan yang dialaminya.

“Saya doakan anda tidak akan pernah rasa apa yang saya rasakan. Tapi tolong jadi baik dengan kata-kata, aksi, dan penghakiman anda.

PU Abu masih menunggu keputusan bapanya.

“Tolong jadi baik kepada semua orang,” ujarnya.

Sementara itu, PU Abu menerusi Twitter memberitahu dia masih menunggu kebenaran bapanya untuk menjelaskan cerita sebenar di media sosial.

“Setiap apa keputusan yang boleh saya cakap semuanya bergantung kepada ayah saya.

“Andai kata ayah saya beri kebenaran untuk saya bercerita, saya akan beritahu di media sosial.

“Buat masa ini tolong beri saya ruang, minta maaf,” ujarnya.

VIDEO:

Tersenyum pulak yee PU…

Menerusi Instagram PU tersebut, dia ada memuat naik satu post beserta kapsyen yang seakan memberi maklum balas kepada setiap dakwaan yang diterima.

Menurut penulisan portal Mstar, PU Abu memberitahu kepada media bahawa dirinya tidak pun kelihata suguh ataupun kurus kering. Namun, menerusi IG storynya, dia menulis hanya Allah sahaja mengetahui isi hatinya.

Hanya Allah yang tahu dalam hati
Hal tersebut berlaku selepas PU Abu Sufyan hebat diasak dengan soalan-soalan panas dari wartawan.

Muat naik yang dilakukan di Instagramnya itu seakan mewakili jawapannya buat masa sekarang kerana perlu bertemu dengan keluarga untuk membincangkan hal tersebut.

Reaksi dari pembaca:

“Skrg ni susah nk nilai pendakwah yg btul2 berdakwah sbb byk yg lebih kepda selebriti dan mencari publisiti.sbb nila setitik rosak susu sebelanga”

“Tgh plan strategik dgn ayah mak adik brdik la tu..amik ms lama sikit🤣🤣🤣 nk bgi cerita teratur dan teliti. Mesti tgh auta warkah isteri dia sbelum ni.”

“Walau apapun jwbpan yg di beri tetap akan menyakitkn hati seseorang..ustaz pun manusia biasa..sudah beralih arah jangan di letakkan kesalahan tu pada sesiapa.tepuk dada tanya selera..mungkin hati ini milik Allah tapi akal di beri oleh Allah…”

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*