“Ini Sangat Menyedihkan,” – Neelofa Tersentuh Kisah Gelandangan Tua, Netizen Minta Berhati-Hati

Semalam tular kisah seorang gelandangan tua sehingga mendapat perhatian pengacara terkenal, Neelofa yang meluahkan rasa simpati dan berhajat untuk turut sama membantu.

“This is so heartbreaking. Please update us on his situation and if anyone has more information on him, it would be really helpful too,” tulisnya.

Menerusi tweet yang dilayangkan, lelaki tua ini mendakwa dia dari Kuala Nerang, Kedah dan sudah sebulan tidur di jalanan gara-gara anaknya yang kini berada di pusat rawatan rapi Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Jumpa pakcik ni kat tbs. tergerak hati nak sembang dengan dia. katanya dari kuala nerang, kedah. nk dekat sebulan homeless kat kl sebab tunggu anak dia yang sekarang dekat ICU HKL. anak dia student UIA gombak, last semester degree. acc1dent kena langg4r naik motor,” kongsi individu yang dikenali sebagai Armyn Syah.

Terharu dengan keprihatinan Neelofa, namun warga Twitter menasihati agar pengacara itu lebih berhati-hati.

Malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa namun dalam versi cerita berbeza.

Ada juga yang turut meluahkan rasa simpati dan berhajat untuk turut sama membantu.

Foto : Twitter Neelofa & Armyn Shah

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*