Tiba-tiba Aisy Mateen Meraung” – Yana Samsudin Pelik Anak Menangis, Mungkin ‘Dah Perasan’ Awal

“Cuma peliknya tiba-tiba Mateen yang meraung, bila tengok balik baru faham kenapa! Aisy Mateen dah perasan dari awal 😭 Al fatihah..

Yana sebak melihat bapanya terkenangkan arw4h nenek yang sudah tiada. Foto Instagram @yanasamsudin

SUASANA sebak menyelubungi keluarga pelakon Yana Samsudin ketika bapanya, Samsudin Jamuri menyanyikan lagu Musafir di Aidilfitri pada majlis hari raya keluarga mereka di Yong Peng, Johor.

 

Menurut Yana atau nama sebenar Norliana Samsudin, lagu itu membuatkan mereka terkenang arw4h neneknya yang meningg4l dunia pada 2015.

Lebih mengundang rasa hiba apabila kesedihan itu turut dirasai oleh anaknya iaitu Aisy Mateen yang turut sama menangis semasa menyaksikan kejadian tersebut.

“Kami memang sebak sebab tiba-tiba abah nak nyanyi tahun ni. Selalunya abah kalau ada majlis dia hanya muncul satu hingga dua jam sahaja sebab abah cepat penat al maklum dah 74 tahun.

“Tapi bila dia nak nyanyi lagu raya, saya terus datang dekat dia dan dapat rasa dia tengah sedih sayu. Mungkin abah teringat arwah mak dia.

Yana bersama bapa tersayang.

“Cuma peliknya tiba-tiba Mateen yang meraung, bila tengok balik gambar ni dah dapat faham kenapa! Aisy Mateen dah perasan dari awal,” katanya.

Isteri kepada pelakon Fadzil Zahari itu berkongsi rakaman tersebut di Instagram pada Sabtu.

Yana dan suami menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh keluarganya di Yong Peng, Johor.

Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berkata dia turut merindui arw4h neneknya dan lirik lagu tersebut memberi makna yang cukup mendalam buat mereka.

“Nenek dah pergi tinggalkan kami 2015. Rindu arwah nenek dan lirik lagu tu… paling sedih rasanya Mateen.

“Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi. Selamat hari raya semua. Terima kasih siapa yang datang open house Samsudin keluarga. Maaf ada kekurangan salah silap,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*