“Lawa, Bijak Dan Berbakat,”- Puji Datin Alyah Kepada Aprena Manrose

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa, Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliyah Abu Hassan.

Menerusi akaun Instagram Alyah, dia ada memuat naik sekeping gambar bersama seorang pelakon, Aprena Manrose.

Kongsi penyanyi berusia 38 tahun ini juga memuji pelakon yg turut tampil menerusi drama Suamiku Paling Sweet.

“One with @mrsaprenamanrose Lawa,Bijak dan berbakat

“Terima kasih kerana sudi berlakon utk MELURUH,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

One with @mrsaprenamanrose Lawa,Bijak dan berbakat 😘😘😘 Terima kasih kerana sudi berlakon utk MELURUH 👍👍👍

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Dalam pada itu, peminat turut memuji kecantikan dan keayuan dua wanita ini.

Sekadar informasi, Aprena merupakan pelakon utama untuk muzik video lagu single Alyah yang berjudul Meluruh.

Muzik video tersebut telah meraih lebih 850 ribu tontonan di YouTube.

Foto : Instagram Alyah

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*