“Bila Kita Tak Jadi Bahan G0sip Orang Ramai, Kita Mungkin Tak Akan Berjaya,” – Dynas Mokhtar

Pelakon Dynas Mokhtar mengakui bergelar seorang selebriti bukan semudah yang disangka kerana mereka sering menjadi bualan dan perhatian ramai pihak.

Bagaimanapun, untuk kekal dalam industri hiburan, setiap selebriti perlu sentiasa berfikiran positif dan tenang menghadapi setiap cabaran yang datang.

Malah, bintang filem KL G4ngster: Underw0rld ini mempunyai pendapat sendiri.

“Kekuatan untuk bertapak lama dalam industi hiburan salah satunya adalah populariti dan disiplin. Kalau kita tahu cara bawa diri macam mana untuk mahu kekalkan dalam industri.

“Malah, pelbagai cara untuk kekal dalam industri baik dari segi positif dan juga negatif.

“Jadi, ia terpulang pada individu untuk membentuk diri sendiri dalam bidang ini,” kata Dynas kepada MH ketika ditemui di Shah Alam pada Sabtu sempena uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.

Mengambil contoh selebriti, Neelofa yang terlibat dalam Dewi Remaja 2009/10, Dynas memuji kebolehan ahli perniagaan itu yang berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air dan di persada dunia.

“Dia (Neelofa) bukan sahaja seorang penghibur dalam industri, tetapi dia juga seorang ahli perniagaan yang berjaya; baik dalam dunia lakonan dan juga dunia perniagannya.

“Cara dia menonjolkan dirinya dan cara dia mencipta nama di persada dunia sangat bagus kerana dia ada aura positif.

“Jadi, kita boleh banyak belajar dari dia dan dia sentiasa menjadi bualan ramai,” akui Dynas.

Malah, Dynas menegaskan bahawa bergelar selebriti tidak akan lari dari gosip dan kecaman netizen.

“Kalau seseorang mahu berjaya, mereka pasti akan dikecam. Apabila kita tidak menjadi bahan gosip orang ramai, kita mungkin tidak akan berjaya.

“Jadi, ia sangat bagus apabila orang bercakap mengenai kita daripada mereka hanya berdiam,” akhiri Dynas.

Dalam pekembangan lain, Dynas merupakan juri dalam uji bakat Dewi Remaja 2019 disamping Anzalna dan Datuk Hj. Aznil Nawawi.

Uji bakat tersebut berlangsung selama dua mingu berturut-turut (7,8,14 dan 15 September) di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*