“Kalau Kami Dikata Jutawan, Itu rezeki Dan Alhamdulillah. Kita Tidak Menafikan…,” – Respon Jujur Aeril & Wawa Zainal

Baru sahaja melancarkan dua pek koleksi terhad Unicorn Edition di bawah payung Wawa Cosmetics, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan mereka sudah mencapai status jutawan seperti yang diperkatakan ramai pihak.

Bagaimanapun, baik Aeril dan Wawa, apa yang dikecapinya kini bukanlah suatu hal yang mudah apatah lagi keduanya mulai aktif berniaga kira-kira lebih tiga tahun lalu.

Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis pelancaran koleksi barunya itu di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Wawa Cosmetics, Unicorn Editon didatangkan secara terhad dan ia hadir menerusi dua set iaitu Fantasy dan Dream.

“Kami difahamkan, pada hari pertama pelancaran, ia lebih 20,000 unit sudah terjual, alhamdulillah. Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan para stokis yang setia dengan kami.

“Meski ‘senyap’ dari mengeluarkan sebarang produk kira-kira dua bulan lalu, namun mereka tetap memberikan sokongan dan ini merupakan salah satu kejayaan team Wawa Cosmetics sendiri memandang ketika belum pun dilancarkan secara rasmi, ia sudah pun terjual,” kata Wawa kepada MH.

Ditanya mengenai status jutawan sebagaimana yang menjadi buah mulut para peminat pula, Aeril dan Wawa mempunyai jawapan sendiri.

“Kalau kami dikata jutawan, bagi saya itu rezeki dan alhamdulillah. Kita tidak menafikan memang sudah mencapai sasaran. Akan tetapi kami sendiri pun ada target sendiri. Sekarang ini, rasanya sudah tiba masa untuk kami bantu orang lain, kongsikan rezeki.

“Jujurnya timbul perasaan puas apabila dapat membantu orang lain, misalnya kami telah lahirkan dua jutawan bersama Wawa Cosmetics. Masing-masing mencapai sasaran jualan sekitar RM2 juta dan RM1 juta.

“Setakat ini mempunyai enam orang ‘leader’ dan dua daripadanya sudah bergelar jutawan. Sasaran kami selepas ini adalah untuk menjadikan empat dari lainnya akan mencapai status sama, insyaAllah,” jelas suami isteri ini.

Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa juga turut menanam impian untuk mempunyai wisma sendiri bagi memudahkan sistem logistik.

Foto: Aqo Imran

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*