Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat Buat Ramai Bangga!

Penyanyi Sufian Suhaimi sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Terbaru, ramai meluahkan rasa bangga terhadap penyanyi ini setelah dia mendedahkan satu berita dilaman Instagram.

Katanya, dia kini sudah mempunyai seorang anak angkat. Dia turut meluahkan rasa syukur dengan nikmat dan rezeki yang diperolehnya.

Sufian ambil anak angkat

Merasakan umur 27 tahun bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab dan kata Sufian juga selain ibu ayah serta keluarga dia turut memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat.

 

View this post on Instagram

 

SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain. Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies. When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki. Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Kapsyen panjangnya bersama dua keping foto bersama anak angkatnya itu mendapat perhatian ramai sehingga kini posting dimuat naik itu meraih lebih 87 ribu tanda suka.

You are the man, so proud…

Dalam pada itu, dia mengelarkan diri sebagai Ayah Yan dan turut meluahkan rasa sayangnya terhadap anaknya itu yang dikenali Baby Faeq.

Reaksi peminat

Sumber: Sufian Suhaimi via Himpunan Cerita Lawak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*