Wanita Kahwini Pokok Dengan Bantuan Keluarga !!??

Dalam keadaan planet yang semakin teruk akibat aktiviti manusia, pencinta alam sekitar sanggup mengambil apa sahaja inisiatif untuk mengurangkan kemusnahan flora dan fauna.

Sebagai contoh, untuk membantah rancangan membina laluan di taman berhampiran rumahnya, seorang ibu kepada dua anak, Kate Cunningham telah membuat keputusan untuk mengahwini pokok elder di taman itu.

Upacara perkahwinan antara Kate dan pokok elder itu disaksikan oleh ahli keluarganya dimana dia memakai warna simbolik alam sekitar, gaun hijau zaitun, kain yang dijahit sendiri, bersama kasut tumit hijau.

Menurut Kate, bapa dan teman lelakinya tidak membantah keputusannya itu, malah mereka turut membantunya membuat persediaan untuk upacara itu. Anaknya sulungnya pula pada mulanya malu dengan idea wanita itu, tetapi dia tetap hadir ke perkahwinan itu untuk memberi sokongan.

Kate juga mengumumkan bahawa dia akan menukar namanya secara sah kepada Kate Rose ‘Elder’ untuk mengambil ‘nama keluarga’ pokok yang dikahwininya itu.

Sumber: Daily Mail via Himpunan Cerita Lawak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*