“Ini satu ujian awal untuk kami” – Penahanan Mamat, Ajai mula bersuara mengenai konsert Exists Reunion

<

KOMPOSER Ajai menganggap berita penahanan penyanyi Mamat pada Ahad lalu sebagai ujian awal kepada semua anggota asal kumpulan itu yang kini dalam persediaan untuk mengadakan konsert.

Ajai, 43, yang juga bekas pemain keyboard Exist, berharap semua peminat tidak berhenti menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk konsert Exists Reunion yang bakal diadakan pada 28 September ini.

“Assalammualaikum… Sememangnya kami di Exists mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Ini satu ujian awal untuk kami.

Mamat dita@han polis pada malam Ahad lalu.

“Kami harap para peminat akan terus mendoakan yang terbaik untuk ‘Exists Reunion’ Insya-Allah,” tulis Ajai.

Pemilik nama Mohd Faizal Maas ini memberitahu perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Bekas vokalis Exists itu ditahan polis selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kesal@ahan da@dah ketika menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Mamat ditahan polis di Taman Perling, Johor pada malam Ahad lalu selepas pihak polis menemui penyanyi itu dalam keadaan mencurigakan.

Mamat bersama rakannya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kenci1ng turut mendapati kedua-dua mereka positif da@dah.

Antara komen-komen netizen di Instagram Ajai.

Mamat sepatutnya bersama anggota asal kumpulan Exists bakal mengadakan konsert reunion pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam dan 5 Oktober depan di Singapura.

Selain Mamat, seorang lagi vokalis Exists iaitu Ezad Lazim.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen foto yang dimuat naik Ajai, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan berharap konsert tersebut diteruskan seperti yang dirancang.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kekecewaan apabila sudah membeli tiket semata-mata untuk melihat persembahan Mamat.

Kecewa sangat. Saya beli tiket konsert salah satu sebab nak tengok Mamat menyanyi dan nak semua anggota Exists ada. Apa-apa pun saya tetap sokong dan akan pergi ke konsert itu.

“Konsert perlu diteruskan… Kami dari Sarawak dah beli tiket dan hotel pun sudah ditempah semata-mata untuk Konsert Exists Reunion.

“Kecewa sangat. Saya beli tiket konsert salah satu sebab nak tengok Mamat menyanyi dan nak semua anggota Exists ada. Apa-apa pun saya tetap sokong dan akan pergi ke konsert itu.

“Sayang betul Mamat tak ada kat konsert reunion nanti terpaksa lah abang @byajai jadi pengganti di konsert nanti,” komen beberapa netizen.

Menerusi kenyataan rasmi penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects akan tetap dijalankan seperti yang dirancang.

Di Lihat dalam keadaan mencuriggakan, sebelum polis menemui serbuk PUTlH

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin mencipta fen0mena ketika muncul bersama Exists pada awal 1990.

Bersama Exists, Mamat sangat terkenal dari dulu dengan lagu-lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan.

Penyanyi ini merupakan antara segelintir artis yang terlibat dalam penyalahgunaan d4dah dan sudah beberapa kali ditahhan pihak berkuwasa.

Dia juga pernah menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro dan mendapat tempat kedua.

Sementara itu, jurucakap Shiraz Projects yang juga penganjur konsert Exists Reunion pula memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dalam waktu terdekat.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*