Pengantin Leka Bergambar, Terkedu Bila Dihampiri YDP Agong Dan Raja Permaisuri

Siapa sangka, pasangan pengantin ini berpeluang bergambar bersama Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddinAl-Mustafa Bilah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada hari paling istimewa buat pasangan ini. Ya, ia umpama bulan jatuh ke riba. Selain daripada mencipta hari bahagia sebagai raja sehari, dapat pula merakam detik-detik hari bersejarah mereka bersama keluarga di raja.

Pasangan pengantin, Muhammad Hazri Hussain, 25, dan Nurain Aqilah Rosmanniwanda, 20, terkedu melihat kehadiran baginda berdua yang sedang bercemar duli berangkat melawat rumah lama di Sungai Lembing sebaik selesai lawatan kerja baginda di lokasi kebak4ran di Pekan Sungai Lembing.

“Ketika itu saya dan isteri sedang ambil gambar (photosh00t) perkahwinan kami…tak sangka tuanku sudi menghampiri kami…bertanya khabar dan tuanku mempelawa bergambar bersama.

“Saya rasa sangat bangga (dapat bergambar dengan Agong)..saya sayang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri walaupun sekali dalam seumur hidup saya, baru hari ini berpeluang melihat baginda di depan mata sendiri,” ujar Muhammad Hazri yang berasal dari Kampung Kolek, Sungai Lembing di sini.

Dalam pada itu, pasangan bertuah berkenaan turut menerima kurniaan sejumlah wang daripada baginda berdua dan berniat untuk menggunakannya sebagai perbelanjaan mencari rumah sewa atau membeli kenderaan.

“Saya hanya buruh biasa dan isteri bekerja kilang…rezeki yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk memulakan kehidupan berumahtangga,” katanya.

Keseronokan itu juga turut dikongsikan Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong kerana dapat berpeluang menemui rakyat jelata di sekitar Sungai Lembing selepas lawatan kerja di lokasi kebak4ran di Sungai Lembing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Portal Diraja Pahang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*