“Bahagia Di Instagram Dan Tiba2 Bercerrai”– Ramona Zamzam Selar Kenyataan Pura2 Bahagia

Ramai memperkatakan trending di laman media,ssemua orang berlumba2 dalam menunjukkan kebahagiaan ya g dikecapi. Budaya tayang anak, isteri suami semakin menjadi-jadi dengan tanggapan itulah posting berbentuk positif dan bahagia. Namun ramai berpendapat, orang yang gemar menayang di laman media, pada masa yang sama sebenarnya menghadapi banyak masalah berselindung disebalik gambar.

Ramona Zamzam memberi pandangan, dia tidak sesekali menyalahkan masyarakat atas stere0taip yang berlaku.

Bagaimanapun jelasnya kepada MH, bukan semuanya begitu.

Soalnya, bagaimana pula dengan seseorang yang benar-benar bahagia dan hanya mahu berkongsi momen istimewa di Instagram.

“Sekarang banyak komen mengatakan sekiranya kita terlalu tunjukkan kebahagiaan, namun di sebalik topeng itu, kita sedih dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Saya sangat tidak gembira dengan kenyataan tersebut kerana ia sangat tidak benar.

“Bagaimana pula sekiranya seseorang benar-benar gembira dan hanya kongsikan momen istimewa? Adakah anda mahu seseorang yang bahagia itu tunjukkan sisi sedih semata-mata kerana tanggapan tersebut? Kenapa mahu buat begitu kerana kami memang tiada masalah.

“Saya faham dan tidak salahkan masyarakat kerana terlalu banyak kes melibatkan selebriti begitu. Bahagia di Instagram dan tiba-tiba bercerrai.

“Namun saya mahu semua tahu, bukan semua begitu. Saya sendiri cukup bahagia dengan perkahwinan dan bertuah dikurniakan suami yang cukup sempurna. Masalah keciI memang biasa berlaku, namun tidaklah sehingga dipukuI.

“Saya sangat menghargai setiap momen istimewa dengan keluarga dan sebab itu saya kongsikan di Instagram.

Bijak menilai setiap foto

“warganet sudah cukup bijak untuk menilai. Mereka tahu siapa yang terlalu mencuba sehingga kelihatan canggung untuk bahagia,” jelasnya ketika ditemui di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.

Bekas finalis Dewi Remaja 2009 ini turut mengakui dia dan suami jahiI dalam perihal agama namun tidak pernah cuIas dalam soal tanggungjawab dalam rumah tangga .

“Kadang kala saya takut untuk berkongsi kebahagiaan kerana tanggapan negatiif netizen. Saya sangat bertuah ditemukan dengan suami.

“Saya akui kami jahiI dalam perihal agama. Berpenampilan sksi dan suami boleh menerimanya. Saya tidak nafikan. Namun dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan ayah yang baik.

Tidak boleh hidup tanpa suami membantu

“Apabila bercinta semuanya kelihatan baik sahaja, begitu juga selepas berkahwin. Namun hubungan benar-benar diuji selepas anak lahir. Seseorang lelaki itu akan dinilai daripada keupayaan dia menjaga anak.“

Saya tidak mampu bayangkan hidup tanpa suami. Dia lebih pandai dalam soal penjagaan anak.

Bayangkan apabila anak dengan saya. Banyak hal tidak terduga berlaku, anak pernah tersepiit tangan pada pintu kereta ketika dalam penjagaan saya,” jelasnya yang baru sahaja pulang daripada bercuti di Switzerland dengan keluarga.

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*