“Orang Tak Akan Boleh Jumpa I Di Real Life,” – Penampilan Che Ta Cukup Eksklusif, Muncul Di Majlis Berbayar

Biarpun sering berkongsi perkembangan terkini di laman Instagram, kata pelakon Rozita Che Wan, dia cukup menjaga penampilan dan menegaskan hanya akan muncul di majlis berbayar sahaja.

Tegasnya cukup penting bagi menjaga eksklusiviti sebagai seorang selebriti dan atas sebab itu jelasnya, dia tidak akan muncul di khalayak umum walau untuk membeli belah.

“Orang mungkin hanya boleh melihat saya di Instagram, televisyen dan majlis yang berbayar sahaja. Mereka sukar melihat kelibat saya secara nyata.

“Saya tidak suka menghabiskan masa dengan melepak atau berjalan di pusat membeli belah walau di Pavilion. Maksudnya wajah saya tidak bersep4h di merata tempat.

“Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah atau pejabat. Jika ada kelapangan, kami akan ke luar negara,” jelasnya kepada MH ketika ditemui sempena uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.

Dalam pada itu, pelakon Pujaan Hati Kanda ini turut menafikan dakw4an dia memewahkan Aaisyah Dhia Rana. Jelasnya sebagai ibu, dia hanya memenuhi kehendak anak.

“Tiada istilah memewahkan. Sebagai seorang ibu, saya hanya cuba memenuhi permintaannya.

“Namun jika tidak mampu, saya tidak akan memberikannya. Orang yang bermulut jah4t sahaja cuba membangkitkan fitn4h,” katanya sambil ketawa.

Ibu kepada tiga anak ini turut berkongsi hadiah paling mahal pernah diberikan kepada si bongsu adalah seutas rantai berlian.

“Namun harganya saya rahsi4kan, jika tidak netizen menuduh saya ri4k pula,” katanya yang bakal muncul dalam Suri Katrina arahan Pali Yahya di samping Nazim Othman, Ummi Nazeera dan Ernie Zakri.

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*