“Saya jadi l0st, tak tahu nak buat apa” – Berdepan masal4h cinta, Luqman Faiz tidur dalam kereta selepas program Big Stage

LUAHAN perasaan penyanyi Luqman Faiz di laman sosialnya seolah-olah putuus cinta pada malam Ahad mendapat perhatian netizen.

Luqman, 19, berkata dia menulis luahan tersebut disebabkan tidak dapat mengaw4l em0si ketika berhadapan dengan mas4lah yang melibatkan keluarga dan hubungan dengan seseorang.

Menurut pemilik nama sebenar Luqman Abd Halim Faiz, semua masalah itu terjadi ketika dia hadir menyaksikan program nyanyian Big Stage.

Luahan perasaan Luqman mendapat perhatian peminatnya.

“Sebenarnya saya muat naik luahan itu disebabkan tengah ada mas4lah yang melibatkan keluarga, hubungan saya dengan seseorang.

“Semua masalah itu terjadi dalam satu malam sahaja. Saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai masalah itu sebab ia terlalu perib4di.

“Apa yang terjadi itu membuatkan saya jadi ‘l0st’, tak tahu nak buat apa,” kata Luqman ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Bagaimanapun, Luqman turut menegaskan mas4lah yang dihadapi itu tidak melibatkan peserta program itu iaitu Fieya Julia dan Chaleeda berikutan dia pernah dig0sipkan mempunyai hubungan rapat dengan dua wanita itu.

Luqman menjelaskan mas4lah hubungan cintanya tiada kaitan dengan Fieya dan Chaleeda.

Dalam pada itu, Luqman memberitahu perkara itu juga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah dan tidur di dalam kereta di hadapan Dewan MBSA, Shah Alam.

“Saya akui semua masalah itu terjadi berpunca daripada saya sendiri. Disebabkan dah terlalu serabut, saya buat keputusan untuk tidur dalam kereta di hadapan Dewan MBSA.

“Insya-Allah selepas selesai kerja hari ini, saya nak selesaikan mas4lah dengan keluarga terlebih dahulu. Apa-apa pun, terima kasih kepada peminat yang ambil berat tentang saya,” ujarnya.

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*