“Anak-Anak Masih Kecil, Tapi Allah Suruh Pergi Kali Ini” – Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah mengakui berat hati untuk meninggalkan anak-anaknya dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin untuk menyertai misi Qurban dan bantuan di Kemboja.

Menerusi entri di Instagram (IG), Yatt menjelaskan dia harus cekal untuk turut sertai misi tersebut dan berharap diberika kekuatan ketika berada di sana.

“Bonda nak pergi misi Qurban dan Bantuan di Kemboja. Muka nampak happy dan tenang tapi di dalam, hanya Allah yang tahu.

“Thank You suami & anak-anak solehah bonda #theSucis hantar bonda ke Airport. Please be good. See you again in 4 days. In shaa Allah.

“Kepada yang buat Qurban dengan K-MAIWP tahun ni, Amanah kalian akan kami usaha melunaskan. Mohon doa yang baik-baik ya.

“Seriously dah lama tak pergi misi sebab anak-anak masih kecil, tapi Allah suruh pergi kali ni. Allah jaga anak-anak bonda walaupun hati ni berat. Rabbi Yassir Wala Tuassir.

“Rasa bersemangat sebab pakai baju misi #mapim suami. Harap dapat aura kekuatan suami setiap kali pergi misi. Thank you suami,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Bonda nak pergi misi Qurban dan Bantuan di Kemboja. Muka nampak happy dan tenang tapi di dalam, hanya Allah yg tahu. TQ suami & Anak2 Solehah Bonda #theSucis hantar Bonda ke Airport. Please be good. See u again in 4 days. In shaa Allah. . Kepada yg buat Qurban dg K-MAIWP tahun ni, Amanah kalian akan kami usaha melunaskan. Mohon doa yg baik2 ya.. 🤲 . Seriously dah lama x pg misi sbb Anak2 msh kecil. Tp Allah suruh pg kali ni. Allah jaga Anak2 Bonda walaupun hati ni berat. Rabbi Yassir Wala Tuassir. .. Rasa bersemangat sbb pakai baju misi #mapim suami. Harap dpt aura kekuatan suami setiap kali pg misi.. TQ suami.. ❤️😍😘 @sucihananiamalika @sucihumairaiqlima @sucihayfaamedina . ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR.. . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #suci #sucihananiamalika #sucihumairaiqlima #sucihayfaamedina #SiBibirMerah #theSucis #anak2Bonda #rayahaji2019 #harirayaQurban #qurbandiKemboja

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan keselamatan Yatt dan berharap segalanya akan dipermudahkan.

Sebelum ini, Yatt meluahkan rasa sedih dan risau apabila suaminya yang merupakan Pengarah Media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama rombongan terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir.

Yatt memberitahu suaminya bersama delegasi yang menyertai misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu rakyat Palestin itu, terkandas hampir 35 jam kerana tiga kali gagal melepasi pintu tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*