Anak Buah Siti Nurhaliza Tersingkir di Konsert Kemuncak Suku Akhir Ceria Megastar Ministar

Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, gagal untuk menempah namanya ke pentas separuh akhir Ceria Megastar Ministar.

Umai mendendangkan lagu Memburu Impian oleh Kazar pada konsert yang bertemakan ‘3, 2, 1… Action!’ itu dengan penuh bersemangat namun tidak dapat memenangi hati juri untuk mara ke konsert seterusnya.

Pada minggu kelapan Ceria Megastar Ministar ini, barisan juri tetap iaitu Pak Nil dan Zizan Razak disertai penyanyi dan pelakon popular Siti Nordiana sebagai juri jemputan.

Malam suku akhir itu berkonsepkan lakonan di mana setiap Ministar (peserta program) perlu mempersembahkan lagu yang pernah dijadikan runut bunyi bagi sesuatu drama atau filem.

Mentor kepada para Ministar ini, iaitu bekas peserta program realiti Ceria Megastar, Wafiy Aan, Vanessa Reynauld dan Chubb-E bersama-sama melatih mereka untuk memberikan persembahan terbaik dan pada masa yang sama ‘berdrama’ di atas pentas.

Usaha ini juga dibantu oleh guru vokal, Mark Adam dan guru persembahan, Alam Wakaka yang berganding bahu untuk mempamerkan dengan skala lebih besar bakat-bakat tersembunyi terutamanya dalam dalam bidang lakonan Ministar-Ministar itu.

Ternyata segala penat lelah mereka amat berbaloi apabila konsert Ceria Megastar Ministar minggu ke-8 ini menyaksikan pementasan yang cukup menakjubkan dalam setiap satu persembahan.

Persaingan yang begitu sengit ini berakhir dengan pengumuman nama-nama Ministar yang berjaya ke pentas separuh akhir, dan mereka adalah Eiffel, Timah, Putri, Aliff, dan Cici!

Ministar-Ministar inilah yang bakal berentap untuk mengukir nama mereka sebagai finalis di konsert separuh akhir minggu hadapan yang bertemakan We Can Duet di mana mereka akan ditugaskan untuk berduet dengan barisan penyanyi popular tanah air.

Siapakah mereka? Nantikan konsert di minggu ke-9 Ceria Megastar Ministar! Saksikan gelagat kanak-kanak yang berbakat serba-boleh ini hanya di saluran Astro Ceria (CH 611), Astro Prima (CH 105) dan Astro Prima HD (121) pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam!

Ceria Megastar Ministar juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GO yang mempunyai versi ‘extended cut’ serta di platform digital, On Demand.

sumber..gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*