‘Andainya Ini Ramadan Terakhir’, kuliah terakhir Ustaz Hassan Din buat ramai sebak

KUALA LUMPUR 1 Mei – Selepas bersara, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din aktif menyampaikan kuliah dan ceramah di masjid dan surau seluruh negara.

Pada usia 72 tahun, ternyata kudrat Allahyarham masih kuat untuk melakukan kerja dakwahnya iaitu menyampaikan ingatan serta ilmu kepada orang ramai.

Malam tadi, kira-kira tujuh jam sebelum Allahyarham terjatuh ketika mahu menyarung seluar untuk menunaikan solat Subuh lalu pengsan dan men1nggal dunia, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu sempat menyampaikan satu kuliah.

POSTER kuliah Maghrib bertajuk 'Andainya Ini Ramadan Terakhir' yang disampaikan Allahyarham Abu Hass

Kuliah bertajuk ‘Andainya Ini Ramadan Terakhir’ disampaikan di Surau An-Nur Fasa 3A, Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan.

Kandungannya Ceramah Terakhir

Antara kandungannya ceramah terakhirnya adalah tentang kelebihan bulan Ramadan dan amal ibadat yang dilakukan sepanjang bulan suci itu.

Amat memilukan apabila Allahyarham sendiri tidak sempat menikmati Ramadannya tahun ini apabila pergi menghadap Ilahi kurang seminggu sebelum Ramadan tiba.

Dalam kuliahnya, selain seperti lazimnya fasih memetik dalil serta jelas menerangkan hukum tentang pelbagai perkara yang disoal penonton, Allahyarham ceria dan banyak kali bergurau dengan penonton.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terjatuh di rumahnya ketika mahu menunaikan solat Subuh. – UTUSAN ONLINE

Berikut ucapan takziah dari Najib Razak

Innalillahiwainnailaihirojiun

Menerima berita seorang lagi ulama tersohor negara, Dato’ Sri Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Masjid Negara, merupakan antara nama besar dalam bidang agama negara.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman bersama para Syuhada.

Al Fatihah.

<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnajibrazak%2Fposts%2F10156045601580952&width=500″ width=”500″ height=”259″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowTransparency=”true” allow=”encrypted-media”></iframe>

Berikut kesedihan yg di kongsi netizen:

“3 beradik tokoh ulamak negara kita telah pergi menghadap ilahi . Seluruh ummah telah menyaksikan jasa mereka dalam mendidik masyarakat dari muda sampai tutup usia .
1. Tuan Guru Haji Ishak Din
2. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
3. Tuan Guru Dato’ Seri Abu Hassan Din al Hafiz
Moga Allah Taala pelihara roh mereka bertiga dan menempatkan mereka didalam kalangan yang mendapat Syurga Tertinggi .”

“Baru je beri kuliah maghrib tajuk ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR di SURAU AN NUR FASA 3A,Bandar Seremban Selatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh tuan guru.”

“Apabila orang orang soleh diambil Tuhan
Maka Yang tinggal Masih hidup adalah orang orang (Tua) Yang…….
Sambung sendiri ayat Anda.”

“Innalillahi wainna ilaihi roji’uuunn… Alfatihah buat Tuan Guru, Dato Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, moga dirahmati dan diampuni dosa2nya, ditempatkan bersama para solihin… Aamiinn!”

<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Ftengku.yusuff%2Fposts%2F2545743065436337&width=500″ width=”500″ height=”749″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowTransparency=”true” allow=”encrypted-media”></iframe>

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*