Awi Rafael Umum BataI Pernikahan Dengan Atikah & Sedekahkan Semua Makanan Majlis Nikah Pada Anak Yatim.

Ramai terkejut tak sangka, tiba-tiba sahaja penyanyi Awi Rafael umum membatalkan pernikahannya dengan pelakon Atikah Suhaime di laman Instagram peribadinya pada pagi Khamis.

Berdasarkan rancangan, pasangan itu akan melangsungkan akad nikah pada Ahad ini di Singapura.

Awi membuat keputusan yang todak disangka peminat2 mereka dengan memberi alasan, dia harus memelihara maruuah keluarganya.

Menurut Awi, dia sudah cuba melakukan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.

Begitu juga dengan ahli keluarganya juga sudah bersiap sedia untuk menjayakan majlis pernikahan mereka.

“Awi juga mempunyai ibu dan maruuah keluarga, Terlalu beraat dugaan kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham.

“Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikharah Awi pada saat-saat akhir telah terjawab,” katanya dalam catatan itu.

Awi juga menyatakan niatnya untuk membina masjid bagi menutup @ib dan membawa bekas tunangnya itu ke arah hidup yang baharu.

Oleh sebab itu, dia terus tawakal dan meneruskan pertunangan sejak tahun lalu.

“Kepada penaja untuk kad perkahwinan, kek dan makanan serta sebagainya, jangan risau saya akan hubungi anda juga. Kita boleh berikan kepada rumah kebajikan kanak-kanak,” ujarnya.

Tambahnya,dugaan ini terlalu berat buat dirinya dan juga keluarga.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafel dan Atikah telah mengikaat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*