“Dikesan mengancam keselamatan”- 130,000 Muat Turun , PDRM Minta Rakyat Buang Segera 7 Aplikasi Ini Di Peranti Masing-masing!

Sebelum ni FaceApp kecoh terutamanya di media sosial selepas dikatakan memiliki lebih 150 Juta data muka dan nama pengguna dan mereka berhak melakukan apa sahaja dengan data tersebut.

Kemudian pihak FaceApp sendiri keluarkan kenyataan menyangkal dakwaan tersebut.

Namun Sabtu lalu, facebook page Polis DiRaja Malaysia (Royal Malaysia Police)ada buat posting mengejutkan menggesa orang ramai untuk membuang segera 7 aplikasi yang ada dalam peranti masing-masing.

Tapi kenapa?

 

PDRM kata 7 Aplikasi ini mampu mengancam keselamatan pengguna sebab…

#JomBeringat
BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.

Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.

Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy.

Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat turun di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.

Pengguna juga diminta agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.

Sebab itu kita selalu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sekiranya nak memuat turun sesuatu aplikasi.

 

Well keputusan di tangan korang, jadilah pengguna yang bijak okay!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*