[FOTO] Inilah Kekasih Hati Tiz Zaqyah, Syed Hafiz Hensem Orangnya

Pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Tiz Zaqyah mencet0skan teka-teki apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka kacak di Instagramnya baru-baru ini.

Jika sebelum ini, Tiz Zaqyah dikatakan akan tertutup di dalam berkongsi kisah cinta dan peribadinya.

Namun bintang cantik ini dikatakan mulai lebih terbuka apabila sudah beberapa kali berkongsi foto sama kekasihnya yang dikenali sebagai Syed Hafiz.

Biarpun tidak mengumumkan secara langsung status jejaka berkenaan namun ramai dalam kalangan peminatnya menebak jejaka berkenaan individu istimewa bagi Tiz.

Malah sejak Januari lalu, Tiz sebenarnya sudah pun memuat naik foto mereka berdua saat menikmati makan malam

Jejaka yang dikenali sebagai Syed Hafiz itu juga turut men1nggalkan komen di Instagram Tiz dan memanggilnya ‘bb’.

Terkini, keduanya turut memuat naik gambar berdua dan saling berbalas komen selain Hafiz turut meraikan hari jadi Tiz.

Malah, ada antara teman rapat Tiz yang bertanyakan tarikh (untuk hari bahagia) pasangan itu disatukan.

“Sweet couple… I nak tempah baju ni. Tarikh dah ada ke?” soal teman rapat Tiz, Liza Abdul.

Ringkas Tiz menjawab: “Ya, udah sis.”

Selain itu, kebanyakan komen yang ditulis rakan artis dan peminat Tiz rata-ratanya mendoakan pasangan merpati dua sejoli itu disatukan

Sama cantik sama padan kan? Moga-moga hubungan akan melangkah ke fasa lebih serius, amin.

Foto: Instagram Tiz Zaqyah/Syed Hafiz via Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*