Ini amalan mulia ulama tersohor negara sebelum pergi buat selama2nya

Pendakwah terkenal yang juga bekas penasihat Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini di kediamannya kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian Online, anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan, berkata Allahyarham men1nggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.

Jatuh Selepas tunai solat subuh

“Subuh tadi, beliau bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang datang dengan ambulans, cuba melakukan bantuan penafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga dalam perjalanan ke hospital.

“Selepas hampir satu jam melakukan CPR, ayah saya tidak memberikan sebarang maklum balas dan kira-kira jam 7.30 pagi, doktor mengesahkan beliau men1nggal dunia,” jelasnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, j3nazah All4hyarham akan dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibawa ke Masjid Saidina Hamzah untuk dimandi dan dikafankan.

Anaknya turut memaklumkan, urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di tanah p3rkuburan terdekat dan akan dilaksanakan secepat mungkin sebelum solat zohor.

Untuk rekod, All4hyarham merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang men1nggal dunia di Amerika Syarikat pada September 2016 lalu.

4rwah dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.

Allahyarham mulai bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.

Arwah men1nggal dunia pada usia 72 tahun.

VIDEO:

Berikut ucapan takziah dari Najib Razak

Innalillahiwainnailaihirojiun

Menerima berita seorang lagi ulama tersohor negara, Dato’ Sri Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Masjid Negara, merupakan antara nama besar dalam bidang agama negara.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman bersama para Syuhada.

Al Fatihah.

Berikut kesedihan yg di kongsi netizen:

“3 beradik tokoh ulamak negara kita telah pergi menghadap ilahi . Seluruh ummah telah menyaksikan jasa mereka dalam mendidik masyarakat dari muda sampai tutup usia .
1. Tuan Guru Haji Ishak Din
2. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
3. Tuan Guru Dato’ Seri Abu Hassan Din al Hafiz
Moga Allah Taala pelihara roh mereka bertiga dan menempatkan mereka didalam kalangan yang mendapat Syurga Tertinggi .”

“Baru je beri kuliah maghrib tajuk ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR di SURAU AN NUR FASA 3A,Bandar Seremban Selatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh tuan guru.”

“Apabila orang orang soleh diambil Tuhan
Maka Yang tinggal Masih hidup adalah orang orang (Tua) Yang…….
Sambung sendiri ayat Anda.”

“Innalillahi wainna ilaihi roji’uuunn… Alfatihah buat Tuan Guru, Dato Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, moga dirahmati dan diampuni dosa2nya, ditempatkan bersama para solihin… Aamiinn!”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*