Ini RESP0N Mengejut Pak Ya Pengawal Keselamatan Yang Dipuk0l Setelah Ketahui HUKUM4N Yang Dikenakan Pada Lan Pet-Pet

SEREMBAN 15 April – Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati kerana pelawak, Lan Pet-Pet hanya dikenakan denda sebanyak RM2,000 kerana memuk0lnya dalam kejadian pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, memandangkan keceder4an yang dialaminya dalam kejadian itu agak ter0k.

“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bed4l (puk0l) ini apa cerita. Pinggang masih s4kit sampai sekarang akibat ditend4ng. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bod0h bagaimana pula?

“Pakcik kena bed4l sampai diberi cuti s4kit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Lan Pet-Pet didenda RM2,000 oleh mahkamah di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memuk0l seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati di Nilai pada 6 April lalu.

Pelawak itu dipercayai bertindak demikian selepas ditegur oleh pengawal keselamatan itu kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. – UTUSAN ONLINE

Berita sebelum ini melaporkan

Lan Pet Pet didenda RM2,000 puk0l pengawal keselamatan

SEREMBAN 15 April – Pelawak terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 49, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Seremban hari ini selepas mengaku salah memuk0l seorang pengawal keselamatan pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, pelawak itu dibawa ke mahkamah pagi tadi bagi berdepan tuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan keceder4an.

“Tertuduh yang merupakan seorang pelakon mengaku salah dan dihuk0m denda sebanyak RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan polis menyiasat pelawak itu selepas disyaki menyer4ng seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan Acacia Park Desa Jati di Nilai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pelawak terbabit dipercayai menumb0k muka pengawal keselamatan berkenaan, Yahya Manap, 68, sebanyak tiga kali sebelum menend4ng m4ngsa.

Dia yang pernah menganggotai kumpulan lawak, Senario dipercayai ber4ng kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. – UTUSAN ONLINE

Sumber:utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*