“Jangan Marah I Throwback Skit Zaman Perkenalan Kite Dlu”- Alha Kongsi Keperitan Bersama Jihan

Siapa sangka, disebalik kejayaan Datuk Alha Alfa yang kini diantara jurumekap berjaya dan dikenali ramai namun sebenarnya ada keperitan yang perlu dia tempuhi untuk sampai ke tahap sekarang.

Menerusi Instagram, Datuk Alha berkongsi kisah keperitannya bersama Jihan Muse iaitu seorang selebriti terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan malah bergelar pelawak.

Kata jurumekap terkenal ini, Jihan merupakan artis pertama yang menerima solekan darinya.

Jihan adalah artis pertama..

Kepada sahabatku Jihan Muse hahaha pls jangan marah I throwback sikit zaman perkenalan kita dulu.. kalau nak tau, Jihan adalah artis pertama yang saya sentuh dan berkarya..zaman UiTM dulu, weekend nak carik duit lebih saya makeup untuk production.

Pastu Jihan antara pelakonnya.. n zaman tu Jihan baru keluar MAHARAJALAWAK.. so teringat satu ketika ni, saya kena makeup Jihan jadi hantu..

Saya pakai tisu dan WATERCOLOR jenama BUNCHO!

Saya barang makeup tak banyak.. nak beli makeup effect duit tak mampu.. mahai.. sudahnya saya pakai tisu dan WATERCOLOR jenama BUNCHO! mesti korang ingat kan? ahahaha.. sapu satu muka Jihan.. Jihan tanya saya “babe, panas la muka i.. emmang rasa gini ke” saya pun bisik.. Jihan, nu je Alha ada.. soryy naa.. I janji pakai sikit je..

Lepas settle makeup.. Jihan Shoot jadi hantu kena duduk kat area longkang.. longkang tu tinggi dan dalam hutan. perangai Jihan duk huha huha.. esoknya pergi set.. dua2 kena gigit antu.. dia kena kat peha.. besar tapak tangan.. saya kena kat lengan.

Tahniah..

Bagaimanapun gara-gara hal itu, Datuk Alha dan Jihan mula rapat selain dia juga bercerita mengenai kisah perjalanan bersama.

Di ruangan komen, rata-ratanya juga terkejut dengan pendedahan Datuk Alha selain turut respek dengan kejayaannya malah Jihan juga yang mana kedua mereka sudah berjaya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Datuk Alha Alfa via Viral Kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*