Kandungan ‘Durian White Coffee’ Ada Dadah – Polis

GEORGE TOWN: Sejenis dadah ditemui dalam paket “durian white coffee” yang diminum oleh dua pengawal keselamatan dari Nepal Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, sampel campuran kopi segera itu telah dihantar ke makmal keselamatan dan kualiti makanan negeri untuk jalani ujian selepas seorang pegawai perubatan membuat laporan polis berikutan kejadian itu.

“Sampel juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (2 Feb).

Kecoh Masuk Wad Sebab Minum Kopi Raja Buah

ACP Anuar berkata seorang pegawai kemudiannya mengesahkan bahawa bahan yang dipercayai dadah ditemui dalam paket itu.

Bagaimana pun, jenis dadah belum dikenal pasti.

Sebelum ini Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan mansor Hamzah berkata, lima pesakit telah menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang di antara 27 hingga 30 Januari selepas minum kopi itu dengan keadaan badan yang lemah.

Tags / Kata Kunci:Durian White Coffee , Dadah

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/02/dadah-dalam-kopi/#3xYmxWPa9swK2CJi.99

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*