Lama tidak hubungi ibu, Nonny Nadirah mohon maaf

Pelakon Nonny Nadirah meluahkan perasaan bagaimana dia bergelut selama lebih setahun mengawal emosi berikutan masalah peribadi yang pernah dilalui sebelum ini.

Dalam satu entri dalam laman Instagram miliknya, Nonny mendedahkan dia pernah memutuskan hubungan dengan ahli keluarga kerana mahu bersendirian termasuk tidak menghubungi ibunya sendiri.

“Orang nampak luaran aku kuat, sentiasa senyum gembira tetapi sebenarnya dalaman aku koyak.”

 

View this post on Instagram

 

Happy belated b’day to me. 🎂🎉 . Never lie to ur mom, she always finds out. I’m sorry. I love you ma. 🦋 . #timewillhealeverything

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

“Bila dengar dan lihat kondisi aku, ada yang melabelkan aku mild depression. Kemudian tidak habis-habis dengan sihir. Cukuplah.

“Lebih setahun aku struggle lawan diri sendiri dengan emosi. Kononnya okey, padahal tidak.

“Aku bersyukur sebab Allah beri ujian yang paling rare dalam hidup. Bukan semua orang dapat apa yang aku rasa,” ungkap Nonny.

Menerusi perkongsian tersebut, Nonny turut memberitahu dia sudah bercakap dan memohon maaf kepada ibunya sempena sambutan ulang tahun kelahiran pada 21 Julai. Dia turut meluahkan rasa syukur masih diberi kekuatan berhadapan dengan pelbagai dugaan. – MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*