Lokap insafkanLan Pet Pet. Akhirnya dia bukak mulut kenapa dia hilang sabar b3lasah Pak Ya pada malam itu

Pelawak Lan Pet Pet mengakui sangat bimbang nyawanya dicabut sebelum sempat meminta maaf kepada pengawal keselamatan, Yahya Manap, yang dikasarinya pada 6 April lalu.

Lan mendedahkan, hatinya terdetik untuk memohon maaf kepada Yahya – atau lebih dikenali dengan nama Pak Ya – ketika ditahan reman semalaman di lokap.

Justeru, keinsafan inilah yang mendorong penghibur itu bertemu Pak Ya pada 23 April lalu di Nilai, Negeri Sembilan.

Dengan peluk cium, Lan Pet Pet janji bawa Pak Ya ke Makkah

“Masa berada dalam lokap besi saya fikir perlu minta maaf nak nak lagi bila tengok sahabat lain yang turut berada di tempat sama pada waktu tu.

“Mulalah terfikir kalau saya kembali ke rahmatullah tapi tak sempat minta maaf macam mana? Kita tak tahu hayat kita panjang mana,” katanya.

Luah kekesalan

Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad ditemui pada sidang media yang diberi nama “Maafkan Kami” yang diadakan di sebuah restoran di Sungai Buloh sebentar tadi.

Kata Lan, 49, dia berasa perlu menzahirkan permohonan maaf tersebut selepas mendengar nasihat keluarganya malah ia juga dibuat bersempena menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba kurang seminggu lagi.

Pada 15 April lalu, Lan diarahkan membayar RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang sedang bertugas sebagai di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Lan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.

Dalam pada itu, pelakon filem I Know What You Did Last Raya itu sempat meluahkan kekesalannya atas perbuatan yang dilakukan.

Menurutnya, dia sebelum ini tidak pernah meninggi suara apatah lagi mengangkat tangan ke atas seseorang yang lebih berumur.

“Saya bukan seorang panas baran tapi nak dijadikan asbab ia berlaku pada malam tu.

“Saya seorang pelawak, memang susah nak marah orang lain,” katanya dengan nada bersungguh-sungguh.

Justeru, bagi menebus kesilapannya itu, Lan merancang untuk membawa Pak Ya dan isterinya pergi menunaikan ibadah umrah pada Disember depan.

“Saya bukan nak takbur, glamor atau cakap besar, itu semua letak tepi yang penting dapat bawa Pak Ya dan isteri tunaikan umrah bersama-sama.

“Dan saya harap netizen tidak lagi mengecam kami selepas ni,” katanya.

Pertemuan hampir dua jam yang dihadiri keluarga dan sahabat baik kedua-dua pihak itu menyaksikan permohonan maaf Lan disambut Pak Ya dengan hati terbuka

Sebab nak beli air isotonik untuk anak

Namun masih timbul persoalan mengenai bagaimana insiden pada malam 6 April lalu berlaku hingga Lan atau Mazlan Ahmad, 50, tergamak menumbuk mangsa, Yahya Manaf sebanyak tiga kali selain ditendang pada pinggang.

Menurut Lan, pada malam kejadian dia bergegas memasuki Taman Acacia, Desa Jaya di Nilai, Negeri Sembilan iaitu lokasi Yahya bertugas untuk membeli minuman isotonik untuk anaknya.

“Anak saya ada acara sukan sekolah yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Saya tak sedap hati sambil tunggu acara melibatkan anak saya kerana kebiasaannya dia akan tidur awal.

“Tapi acara dia berlari sekitar 10.30 malam. Tenaga dia makin lemah sebab tunggu dari petang sampai ke malam.

“Saya keluar nak beli minuman isotonik… di situlah ada perselisihan faham masa bawa kereta,” katanya.

Bagaimanapun Lan memilih untuk tidak menceritakan secara penuh insiden berkenaan.

Lan dan Yahya atau Pak Ya ditemui pada sidang media khas ‘Maafkan Kami’ yang diadakan di ICafe Bikerstation, di Sungai Buloh, Selasa.

Mengulas lanjut, Lan sekali lagi meluahkan rasa kesal dan memohon maaf terhadap tindakan luar kawalan kepada Yahya.

“Saya ingin memaklumkan khususnya kepada peminat bahawa perkara ini sudah berlalu dan tidak perlu diungkit-ungkit lagi.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*