Menyayat Hati… Atikah Suhaime Kongsi Foto Baju Kahwin Tak Jadi

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Mungkin pepatah Melayu itu tepat untuk menggambarkan perasaan peminat yang menanti pasangan selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael mengakhirkan kisah cinta mereka di jenjang pelamin.

Biarpun dijadualkan bakal bernikah pada Ahad, hubungan Atikah dan Awi ternoktah hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, peminat berkongsi rasa yang menyayat hati dan turut merasai kesedihan Atikah dan Awi.

Biarpun tidak menjelaskan sebab sebenar mengapa perkahwinan mereka dibatalkan, rata-rata netizen mendoakan agar Atikah dan Awi bahagia memilih jalan hidup sendiri selepas ini.

Menerusi ruangan Instagram Stories, Atikah juga berkongsi beberapa keping foto dirinya menyarungkan busana pengantin yang sepatutnya digayakan semasa majlis perkahwinannya Ahad ini.

Atikah juga sempat meluahkan perasaannya menerusi ruangan terbabit.

Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura

“I Thought I Could Fix Things At The Last Minute ..” – Atikah Suhaime & Awi Rafael Tak Jadi Kahwin

Pelakon Atikah Suhaime mendedahkan majlis perkahwinannya bersama penyanyi Awi Rafael yang dijadualkan bakal berlangsung pada Ahad ini telah dibatalkan.

Perkara itu telah dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Atikah mengucapkan terima kasih kepada Awi kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang bergelar tunangan.

Atikah menyatakan Awi adalah seorang lelaki yang terbaik serta berharap hubungan mereka akan kekal baik.

“I have lost the music of my life.

“With a very heavy heart, I regret to inform you that our wedding this Sunday is cancelled.

“Awi and I have worked very hard, or perhaps I didn’t fight enough for our love.

“I thank Awi for taking care of me when I was his fiance.

“You’re the best I can ever wish for. I hope we will remain close confidants like how we used to all these years,” tulisnya.

Artis kelahiran Singapura ini juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Awi dan keluarganya sendiri yang telah menjadi tunjang utama untuk dirinya.

“I thank his family for always being there for me.

“And also my family for being the greatest support.

“To those who have worked very hard to make our wedding a good one, I can’t thank you enough.

“Tapi tak ada rezeki. Perhaps God has different plans for us.

“It’s difficult to me to accept this. I thought I could fix things at the last minute. But this is how it is,” tulisnya lagi.

Walau bagaimanapun, entri di IGnya itu sudah dipadam semalam.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin pada Ahad akan datang ini.

Tak Jadi Kahwin: Awi Rafael Mohon Ruang, Atikah Suhaime Akur Dengan Keputusan Keluarga

Berita pembatalan perkahwinan pasangan Awi Rafael dan Atikah Suhaime mengejutkan industri hiburan.

Dijadualkan bernikah pada hujung minggu ini, Awi dan Atikah memaklumkan mengenai pembatalan terbabit di laman sosial masing-masing.

Namun begitu, kedua-dua selebriti ini telah memadamkan entri terbabit beberapa jam selepas memuat naik kenyataan tersebut.

Menerusi kenyataan media yang dihantar oleh pihak pengurusan Awi, Warner Music Malaysia, jejaka itu mohon untuk diberikan ruang dan masa.

“Semua sedia maklum tentang perkahwinan Awi Rafael bersama Atikah Suhaimi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 (Ahad) ini telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

“Kami dari pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi Rafael ingin memohon kepada rakan media untuk memberi ruang dan masa kepada Awi Rafael sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya.

“Awi Rafael kini berada di Singapura bersama keluarga tersayang dan memohon jasa baik rakan media memahami akan keadaan Awi.

“Awi juga berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya beliau dari dulu hingga kini,” jelas pihak pengurusan Awi.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Atikah, Adlina Abu Bakar, pelakon itu meminta semua bertenang dan berharap tiada pihak membuat sebarang andaian.

“Berita tentang Atikah Suhaime tidak jadi melangsungkan perkahwinan dengan Awi Rafael sudah tersebar. Disini saya sebagai pengurus Atikah meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat apa-apa andaian.

“Mari kita doakan yang terbaik bagi kedua-dua mereka. Buat masa ini, Atikah pulang ke Singapura dan berilah sedikit ruang untuk Atikah bertenang dan harap tiada pihak mengganggunya.

“Atikah sempat memberitahu saya:

“Sebagai seorang perempuan biarlah pihak lelaki yang memberi jawapan dahulu. Saya hanya boleh katakan kami tiada jodoh untuk bersama. Apa yang terjadi mesti ada hikmah di sebalik semua ini. Saya akur dengan keputusan keluarga dan saya amat menghormati Awi dan keluarganya.

“Saya minta maaf. Saya akan keluarkan kenyataan bila saya sudah bersedia. Saya berharap semua peminat, rakan-rakan media serta rakan-rakan industri memahami situasi saya sekarang.

“Saya juga berharap diberi sedikit ruang dan waktu untuk saya ketika ini. Terima kasih semua… Saya sayang anda semua. Doakan yang terbaik buat saya,

” jelas kenyataan terbabit.

Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin pada Ahad ini.

Sumber  : Gempak via DiariDunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*