Michael Ang sah peluk Islam, tapi adakah Saudara baru perlu bersunat? Ini Jawapan nya

SELEPAS pelbagai spekulasi, pengarah dan penerbit, Michael Ang akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah memeluk agama Islam kira-kira setahun lalu.

Menurut Michael, dia berkongsi dengan masyarakat tentang perkara itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.

Michael Ang masih belajar tentang Islam.

“Sebenarnya, kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah,” katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Official Ria X pada Selasa.

Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta peminat mendoakan yang terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati.

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah,” katanya.

Keputusan memeluk Islam menerima komen positif peminat.

Sebelum ini, pemilik nama Michael Ang Hai Swee ini dikatakan sudah memeluk agama Islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, ramai peminat meninggalkan komen mengucapkan syukur di atas penghijrahannya itu.

Reaksi peminat

“Alhamdulillah, dah setahun Michael peluk Islam. semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki.

“Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan kamu. Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad, nanti puasa penuh ya,” komen peminat.

SOALAN : Benarkah seorang yang ingin memeluk Islam wajib berkhatan. Saya ada seorang kenalan berbangsa Cina yang berhasrat untuk memeluk Islam sejak berumur 20-an lagi tetapi dia menangguhkan hasratnya itu setelah diberitahu oleh seorang imam bahawa dia mesti berkhatan selepas memeluk Islam. Kini umurnya sudah sekitar 40-an.

JAWAPAN :

Dalam isu ini ada dua salah faham besar yang wujud dalam kalangan masyarakat Islam iaitu:

Keislaman seseorang tidak sah jika tidak berkhatan. Berkhatan ialah perkara pertama yang wajib dibuat oleh seorang Muslim.
Dua kenyataan ini sering disuguhkan kepada golongan mualaf yang mula berminat dengan Islam. Akibatnya, proses pengislaman mereka menjadi terbantut kerana mereka tidak bersedia untuk berkhatan. Masyarakat kita diperhatikan begitu menekankan hal berkhatan ini jika ada mualaf dengan mereka. Ada yang tidak segan-segan bertanya kepada golongan mualaf:
“Sudah berkhatan atau belum?” Bahkan sebelum itu lagi, kalau ada orang yang ingin menganut Islam, maka masyarakat akan bertanya kepada mereka: “Sudah bersediakah untuk di “potong” atau tidak?” Hakikatnya sikap ini sangat bertentangan dengan Islam.

Sebenarnya keislaman tidaklah bergantung kepada berkhatan atau tidak. Ini kerana berkhatan bukanlah syarat untuk mengesahkan keislaman seseorang. Pintu keislaman adalah dengan ucapan dua kalimah syahadah yang mentauhidkan Allah sebagai tuhan yang sebenar dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Maka apabila seseorang mengucap dua kalimah syahadah dengan faham dan sedar, maka dia telah memeluk Islam. Dia telah menjadi Muslim. Semudah itu sahaja cara untuk menganut Islam.

islam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*