Pembaca Berita Ini Gelak Berdekah Masa Siaran Langsung. Puncanya Buat Pennton Lagi Berdekah

Kerana suara pelik dan lucu yang keluar daripada wartawan lokasi yang membuat lintas langsung, dua orang pembaca berita Korea Selatan gagal menahan ketawa mereka sekaligus terlepas gelak ketika siaran berita berlangsung.

Biarpun bahasa Korea yang dituturkan tidak difahami, berkemungkinan ada kesilapan yang dilakukan oleh wartawan wanita yang membuat lintas langsung berkenaan sehingga mencetus kelucuan..

Video itu dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube pada 15 Oktober lepas dan kini ia menjadi viral di laman sosial di Malaysia. Sebaik kedua-dua pembaca berita itu mula ketawa, pihak penerbitan bertindak menghentikan siaran dan mungkin menyiarkan slot iklan.

Sememangnya, menjadi pembaca berita adalah amat sukar untuk seseorang itu menahan rasa untuk ketawa jika ada perkara lucu berlaku ketika siaran langsung. Tidak diketahui apakah yang berlaku kepada kedua-dua pembaca berita berkenaan selepas kejadian itu.

Tonton Video 

 

Artikel Lain: Kompilasi Pembaca Berita Tempatan Ketawa Masa Siaran Lansung

PENYAMPAI berita sering kali dikaitkan dengan imej serius memandangkan mereka perlu menyampaikan berita agar mesej yang terkandung itu jelas dan terang kepada penonton.

Disebabkan itu, jarang-jarang sekali kita melihat pembaca berita tergelak dan tersengih tidak tentu hala ketika menyampaikan berita, kerana mereka perlu beraksi profesional seperti mana yang dituntut pekerjaan mereka.

Namun, baru-baru ini tular rakaman video memaparkan pasangan pembaca berita Nasional 8 menerusi stesen TV1 RTM sedang menahan ketawa tatkala mahu membaca ‘closing news’ pada hari berkenaan.

Pembaca berita wanita itu pada mulanya tidak dapat menahan ketawa apabila rakan gandingannya, Shahril Sharapudin mula membacakan berita mengenai seorang peniru gaya watak komedi terkenal dunia, Mr. Bean.

Mungkin disebabkan teringat ‘lawak-lawak bodoh’ Mr. Bean, wanita itu kemudian tidak dapat menahan ketawanya sehingga membuatkan Shahril turut tertawa sebelum mereka menutup tirai berita pada malam itu.

Tapi, apa-apa pun kedua-duanya memang spontan sempoi bersahaja dan video ini pun sudah mencatat jumlah tontontan yang agak tinggi iaitu hampir mencecah setengah juta tontonan!

Nak tahu apa yang diorang gelakkan sangat tu? Tengoklah video ni!

 

 

Artikel berkaitan: Pembaca Berita RTM Malu Dibandingkan Dengan Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Gambar memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjadi penyampai berita di slot Berita Nasional, RTM, tersebar, sejak minggu lalu.

Ramai terkejut dan tertanya-tanya adakah penyanyi bersuara lunak itu kini sudah beralih minat dengan menceburi bidang penyiaran menjadi pembaca berita di stesen televisyen (TV) RTM.

Bagaimanapun, persoalan itu terungkap apabila wanita yang di sangka Siti itu adalah wanita kelahiran Terengganu, Normazalina Mohd Nor, 33, yang memiliki wajah seiras Siti Nurhaliza.

Tidak menyangka dirinya mencuri perhatian netizen, Normazalina atau mesra disapa Lina, mengaku malu apabila dibandingkan dengan penyanyi tersohor itu.

“Lucu apabila menyedari orang mula berkongsi cerita saya hingga viral. Siapalah saya kalau hendak dibandingkan dengan Siti. Dia lebih cantik dan saya kagum dengan kehebatan dan pencapaiannya sebagai insan serta anak seni.

“Secara jujur, saya malu apabila terus dibandingkan dengan Siti. Jika diikutkan, wajah kami tidak sama. Mungkin ketika gambar dirakam saya saya membaca berita, kelebihan teknik solekan membuatkan saya kelihatan seperti Siti.

“Memang solekan memainkan peranan kerana saya mengambil inspirasi tatarias Siti. Jadi, dari situ ramai yang membuat kesimpulan kami seiras,” katanya seperti memetik BH.

Berkongsi latar belakang dirinya, Lina mengakui menjadi penyampai berita sambilan di RTM sejak 2013.

Ketika ini, Lina bekerja sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat di Parlimen.

Sejak tersebar foto dirinya yang dikatakan mirip Siti, Lina berbangga kehadirannya sebagai pembaca berita di RTM mula disedari ramai.

“Saya bangga kerana saya memang peminat Siti. Apatah lagi, Siti juga produk kelahiran RTM menerusi Bintang HMI 1995. Setiap perkembangannya, saya ikuti. Laman Instagram Siti juga tanpa jemu saya lihat setiap hari,” katanya.

Lina terharu apabila diberitahu ada penonton menantikan dirinya muncul di slot Berita Nasional jam 8 malam bagi melihat ‘Siti’ membaca berita.

“Tak saya nafikan, apabila semua ini berlaku, ada perhatian lebih diberi. Saya dapat tahu ada penonton yang tertunggu-tunggu giliran saya membaca berita. Rating program berita yang saya kendalikan juga semakin baik,” katanya.

Biarpun meminati Siti, Lina belum berkesempatan bertemu empat mata dengan idolanya itu.

“Kalau ada peluang bertemunya, saya tidak menolak. Dulu, sebelum menjadi penyampai berita, saya terlebih dulu bertugas sebagai wartawan penyiaran.

“Ketika itu, ada rakan wartawan dari meja hiburan mengajak saya pergi ke acara yang dihadiri Siti. Tetapi, saya tidak berkesempatan kerana terikat dengan tugasan. Dalam hati, segan mahu bertemu Siti kerana saya tidak rasa wajah kami mempunyai persamaan,” kata lulusan bidang sains alam sekitar di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.

Normazalina mengakui terkejut apabila gambarnya viral secara tiba-tiba di media sosial dan sekaligus dikaitkan sebagai kembar Dato’ Siti

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*