Penghargaan Buat Wira Pulau Warisan

PENG0RBANAN All4hy4rham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, bertukar nyawa dengan lima m4ngsa yang hampir lemas di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, mendapat pengiktirafan masyarakat yang mengangkat All4hy4rham sebagai wira.

Abdul Bari yang ketika itu memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima m4ngsa selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka meluncur sebelum terjunam ke sungai kira-kira 9.40 malam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, All4hy4rham ketika menyelamatkan m4ngsa dipercayai mengalami kekejangan otot dan gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

M4yat Abdul Bari ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi m4ngsa dilaporkan hilang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta orang awam pada 7.23 pagi semalam.

Selain Abdul Bari, lima lagi wira yang sanggup menggadai ny4wa mereka dalam ins1den sama akan mendapat pengiktirafan apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menganugerahkan sijil penghargaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Lima yang lain itu adalah Saiful Anuar Mohd, 37, Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28, Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29, Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Shahrul Mizan Harun, 34.

Penghargaan kepada semua wira terbabit itu akan diadakan dalam satu majlis khas di perkarangan dua jabatan berkenaan.

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, penyampaian sijil itu akan diadakan di perkarangan JBPM Terengganu pada Mac.

“Penyerahan sijil penghargaan itu akan disempurnakan Ketua Pengarah JBPM pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

“Penghargaan sama turut diberikan kepada All4hy4rham Abdul Bari Asyraf,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, peng0rb4nan besar yang diberikan enam wira, termasuk All4hy4rham perlu dijadikan contoh kepada masyarakat.

“Mereka wajar diberi penghormatan, jadi saya akan berbincang Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berhubung penganugerahan itu dan mengadakan satu majlis untuk mereka,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan menganugerahkan penghargaan untuk Allahyarham sebagai mengenang jasa 4rw4h yang terk0rb4n ketika berusaha menyelamatkan lima sekeluarga serta lima lagi penyelamat lain dalam satu majlis khas.

Sumber: Metro via Gengjoyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*