Penonton Endgame kena game. Sedang asyik tonton ‘Avengers: Endgame’, tiba-tiba basah kuyup

BANGKOK: Terkejut dan tiada sebarang kata dapat menggambarkan situasi yang tidak dijangka ini.

Penonton di sebuah pawagam di Ratchaburi, Thailand yang sedang kusyuk menonton filem Avengers: Endgame dikejutkan dengan pancuran air dari siling dewan.

Sudahlah dikejutkan dengan pancuran air, malah mereka juga diminta keluar tanpa mengetahui penghujung filem yang amat dinanti-nantikan ini.

Menurut kakitangan pawagam, alat pemercik air itu tercetus secara tiba-tiba akibat gelombang panas yang mencatat suhu mencecah 40 darjah Celcius.

Pihak pawagam memohon maaf atas kejadian dan penonton terlibat diberikan tiket percuma ‘Avengers: Endgame’ untuk kembali menonton filem itu sehingga ke pengakhirannya.

Filem “Avengers: Endgame” dilapor mencatatkan kutipan RM4.9 bilion di seluruh dunia sejak 26 April

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*