Prasangka Buruk Lelaki Ini Pada Jejaka Muda Di Cafe Mewah Membawa Kisah Yang Tak Dijangka

Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman berprasangka buruk terhadap sesuatu situasi yang dialami. Tapi dalam apa juga keadaan sebenarnya kita tak disarankan untuk mengukur sesuatu melalui apa yang dilihat secara zahir semata-mata.

Kami nak kongsikan satu kisah tentang pengalaman lelaki bernama Rem Dambul yang bersangka buruk dengan seorang pelanggan di café mewah. Kisah ini dikongsikan melalui akaun Facebook miliknya dengan perkongsian sebanyak 8.5k!

Flight delay lebih sejam’

Ceritanya bermula apabila penerbangan lelaki ini ditangguhkan lebih dari sejam. Dia mencari tempat untuk menenangkan fikirannya dan membuat keputusan untuk duduk disebuah café hipster yang mewah sambal membuat  seni lukisan doodle. Seorang jejaka kemudiannya masuk dan duduk bersebelahan dengan mejanya.

‘Pakaiannya jangan cerita, Wak Doyok pun boleh nangis berguling’

Jejaka yang duduk bersebelahan dengan mejanya digambarkan sebagai jejaka yang penuh bergaya dan trendy, kelihatan mewah dengan gajet yang penuh ditangan. Tapi itu bukan perkara utama yang nak diceritakan, sebaliknya tentang tingkah laku jejaka tersebut. Dia membuat panggilan video dan membuatkan lelaki ini kurang selesa.

Daddy love you too honey, siap sound effect cup cup..’

Lelaki ini hilang fokus untuk menenangkan hati kerana pelanggan disebelahnya yang terlalu bingit dengan panggilan videonya. Namun apa yang lebih menjengkelkan adalah apabila mereka saling berbalas kata cinta dan diselang selikan dengan sound effect yang melampau.

‘Macam badut tengah hiburkan audien!’

Selepas hampir 20 minit bersabar akhirnya lelaki ini mula mengeluh dan pelanggan yang sibuk bervideo call tersebut spontan memandangnya. Tapi lelaki ini membalas dengan jelingan yang tajam. Jejaka tersebut segera memohon maaf dan cuba menjelaskan keadaan tersebut.

‘Dari rupa fizikal saya tahu ada sesuatu yang istemewa’

Jejaka tersebut meminta anaknya dalam screen tersebut menyapa lelaki ini. Apa yang mengejutkan adalah rupa fizikal anak tersebut yang menggambarkan betapa istimewanya dirinya. Hati lelaki ini serta merta tersentak dan seluruh prasangkanya gugur dengan apa yang dihidangkan dimatanya ketika itu.

‘Hari biasa dia suri rumah sepenuh masa’

Rupanya jejaka tersebut adalah graduan dari UK dan berumur 28 tahun! Kawin awal dan bertugas sebagai konsultan bebas dan travel pada hujung minggu sahaja. Isterinya pula akauntan di syarikat multinasional dan anaknya berumur 5 tahun, penghidap down syndrome. Itulah sebab jejaka tadi perlu berinteraksi dengan lebih animatik dari kebiasaan.

‘Jalan hidup getir, tapi bapa muda ini terima takdirnya dengan rela’

Betapa jejaka tersebut positif dalam kehidupannya, tapi disalahertikan oleh lelaki bujang yang memandangnya dengan penuh jelik dan prasangka buruk. Admin harap korang boleh ambil kisah ni untuk dijadikan teladan agar tak mudah menghukum sesuatu yang kita tidak tahu.

Credit: Rem Dambul

The following two tabs change content below.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*