“ Sampai Oversea, Belajar Tapi Dalam Diri Kosong Tak Guna,”- Prinsip Johan & Ozlynn Buat Si Anak

Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sering mendapat pujian mengenai cara mereka mendidik anak-anak; baik dari ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi.

Baru-baru ini, Ozlynn ada berkongsi gambar berserta unsur nasihat mengenai kepentingan membaca ayat suci Al-Quran.

“Papa ckp kt sume anak.. belajar smp oversea tp dlm diri kosong x guna.. pandai byk bahasa tp xtau bahasa quran pun x guna,

“Nasihat papa toksah sibuk dok carik salah org smp lupa salah sendiri.. kalau quran makanan hari2 confirm jadi penyelamat diri bila matl,

“Tegas dan padu.. maka bermula lah kisah subuh anakku dgn quran.. cuti sekolah kan?? Adehhhhh #pedas#ayuhkawan2ig #marimengaji 

“P/s: nasihat nih lebih buat diri sendiri.. kalian jgn terasa ati,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, netizen kagum dengan cara didikan pasangan ini.

Malah, netizen juga berterima kasih kepada Jozlynn (Johan & Ozlynn) kerana telah ‘membuka hati’ netizen untuk berbuat demikian (membaca Al-Quran).

Nyata, Jozlynn berjaya mendidik anak-anak mereka seiring dengan ilmu dunia dan ukhrawi.

Semoga anak-anak mereka menjadi orang yang berilmu dan berjaya di dunia dan akhirat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Jozlynn via MH