“Saya menyesal lambat pakai tudung” – Che Ta kongsi cabaran bertudung

KUALA LUMPUR 30 April- Ketika ramai rakan artis lain kembali membuka hijab dengan pelbagai alasan, nampaknya pelakon dan pengacara Che Ta pula mempunyai pandangan yang berbeza.

Mengambil kira dirinya yang lambat bertudung, kongsi Che Ta dia sebenarnya menyesal untuk mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan bertudung.

“Tiada cabaran hebat sebenarnya untuk saya sepanjang bertudung malah tidak pernah pula terfikir untuk membuka tudung selepas bertudung ini. Cuma apa yang saya menyesal lambat mengenakan tudung sahaja.

“Sebab kita tahu tudung ini wajib dan akhirat itu kekal, apa yang mahu kita kejar dalam dunia ini? Kita kumpul pahala untuk akhirat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Khas Rozita Che Wan baru-baru ini .

Enggan mengulas mengenai trend beberapa orang artis yang memilih untuk kembali tidak berhijab kini, kongsi Che Ta atau Rozita Che Wan, 46, dia bukan berada pada kedudukan untuk menghukum penampilan rakan artis yang berbuat demikian.

“Apa yang boleh saya kata sebenarnya ujian untuk kita ini berbeza. Kita sangka itu ujian itu dia tetapi sebenarnya untuk diri kita, jadi kita tidak boleh menghukum.

“Jujurnya sebelum saya bertudung, niat Zain untuk melihat saya bertudung adalah pencetus. Jadi Zain bukanlah sebab utama saya bertudung kerana semuanya kena datang dari keikhlasan sendiri,” katanya

Ditanya apa yang menguatkan dirinya untuk kekal bertudung, kongsi Che Ta lagi dia sentiasa dikelilingi mereka yang betul.

“Saya cari rakan-rakan yang betul, sebab kita tahu benda tidak baik ini sangat mudah terpengaruh.

“Jadi saya sangat bertuah untuk dikelilingi adik beradik yang semuanya bertudung selain kami banyak menghabiskan masa bersama berkongsi mengenai agama,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Rozita Che Wan

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 2

1. Nama penuhnya, Rozita binti Abu Bakar. Mesra disapa Rozita Che Wan atau Che Ta.

2. Kelahiran Alor Setar, Kedah, Malaysia pada 9 Mac 1973. Kini berumur 46 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Selain pelakon, Che Ta memegang peranan sebagai model, ahli perniagaan dan pengacara.

5. Anak kedua daripada tujuh beradik. Adiknya, Ayu Raudhah juga merupakan pelakon.

6. Sebelum berkecimpung dalam arena seni, beliau berkhidmat sebagai pramugari selama tiga tahun di Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 1992. Seterusnya terbabit dalam bidang peragaan selama enam bulan.

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 3 440
7. Bekas peserta Dewi Remaja 1993/94 meskipun menarik diri di peringkat akhir kerana tuntutan kerja.

8. Ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, hasil perkongsian hidup dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply pada 26 Ogos 1995, sebelum bercerai secara sah pada 8 Mei 2003.

9. Che Ta sebagai janda selepas itu dikaitkan bercinta dengan penyanyi Shahir Zawawi.

10. Selepas berdepan kegagalan dalam perkahwinan, beliau sekali lagi ke jinjang pelamin dengan pelakon Zain Saidin pada 13 Disember 2013 sebelum melahirkan bayi perempuan bernama Aaisyah Dhia Rania Zain pada 1 November 2014.

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 4
11. Pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie, Sifu dan Tongga, Jangan Tegur, 4 Madu, Kembar Siang, Misteri Dendam Balan Balan The Movie dan Adik Manja Returns.

12. Sementara itu, pembabitannya dalam drama menerusi Diari Ramadhan Rafique, Sesuci Cinta Sofiya, Jelatang, Manjalara, Susuk 2, Gerak Khas, Kiah Pekasam, Iparku Diva, Ummu Hani, Miss Octopus, Kak Marr dan Kisah Dari Mekah.

13. Juga telefilem Cinta Terhalang, Relung Kasih, Aku Bukan Buaya, Wasiat Fitrah, Cinta Si 3 Teruna, Rahsia Gambar, Masih Ada Harapan, Aku Janda Belum Kaya, Madu, Kiah Pi Jepun dan Oh Speak English Please .

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 6

“Sebab kita tahu tudung ini wajib dan akhirat itu kekal, apa yang mahu kita kejar dalam dunia ini? Kita kumpul pahala untuk akhirat,” tegur Che Ta.

Kongsikan pendapat anda di bawah

sumber: iluminasi.com, utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*