Shakilla Khoriri Dedah Foto Penuh Anak

Seperti yang dijanjikan, pelakon Shakilla Khoriri telah mendedahkan waj4h penuh puteri sulungnya, Ameena Sofia yang sudah genap sebulan pada hari ini.

Perkara itu disahkan Shakilla sendiri menerusi Instagrammya.

“Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah.

“Hari ni @ameenasofia_ cukup 30 hari.

30 hari yang banyak mengajar aku jadi seorang perempuan yang sabar dan kuat.

“Perit,Pedih dan segalanya aku telan untuk mengeluarkan Ameena.

Rasa macam tak percaya setiap hari dan malam aku sekarang ada budak ni.

“Kadang lama aku tenung dalam2 mata dia. Hati aku tertanya.

Budak ni 9 bulan dalam perut aku.

Rasa nak menitik airmata bila setiap kali teringat kali pertama Ameena menangis lepas keluar dari perut,”tulisnya. 

Dalam pada itu, Shakilla meluahkan rasa syukurnya kerana anugerah terindah (anak) dari Yang Maha Esa.

“Rasa sebak dada bila hari tu aku dapat gelaran EMAK.

“Baru aku tahu kenapa Allah kata syurga anak2 ditelapak kaki Ibu.Betul lah 🙂

“Membesarlah dengan baik Ameena.

“Saya tahu awak ahli baru dalam hidup saya dengan Fizi yang akan buat hidup kitaorang lebih hebat dan Best..

“Terima Kasih atas Doa dan ucapan dari semua pada saya dari saat tahu saya pregnant sampai ke saat nak melahirkan dan selama tempoh 30 hari saya dengan Ameena.

Tak terbalas rasanya doa2 korang semua.

Semoga kita jadi seseorang yang baik buat seseorang yang kita sayang.

Insyallah.

Guys, my daughter,

NURUL AMEENA SOFIA,” tulisnya. 

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung, Ameena Sofia yang dilahirkan seberat 3.7kg.

Foto: IG Shakilla,Ameena via MH/Beritasteady

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*