Sufie Rashid Padam Gambar Tunang Dalam IG?

Juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid mencetuskan teka-teki dalam kalangan peminatnya apabila memadamkan hampir kesemua entri dalam Instagramnya.

Dalam tinjauan terbaharu, penyanyi itu hanya meninggalkan dua keping gambar dalam ruang media sosialnya itu.

Salah satunya merupakan gambar hitam putih gambar berbentuk love yang terbelah dua.

“Beratnya menanggung rasa hati aku,” tulisnya ringkas.

Dalam entri sama juga, Sufie memuat naik gambarnya bersendirinya menunggang basikal.

Manakalah, salah satu gambar berwarnanya menyaksikan Sufie dalam aksi hand stand bersama produk minuman.

Gambar utama pada profil Instagramnya juga turut dipadamkan.

Namun, tunang Sufie, Ain tidak memadamkan gambar-gambar mereka bersama.

Tindakan Sufie itu mengundang tanda tanya peminatnya, tidak terkecuali juga ada yang menebak penyanyi kelahiran Singapura itu cuba melakukan gimik untuk melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.

Kita tunggu dan lihat!

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*