“Tawaduk celah mana?” – Netizen Kongsi Gambar Wad DiRaja Lagi ‘Gah’ Dari Hospital Swasta

Macam yang korang semua tahu, baru-baru ini Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che Puan Khaleeda telah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki pada hari Rabu lepas.

Dah tentu ramai rakyat Johor yang gembira dengan berita kelahiran putera baru ini, tak kurang juga ada yang memuji sikap TMJ dan Che Puan Khaleeda yang tak kisah pun memilih untuk bersalin di hospital kerajaan, Hospital Sultanah Aminah seperti kebanyakan rakyat marhaen.

Namun, ramai juga yang tak berpuas hati dengan sikap netizen yang terlalu ‘hype’ kan sangat pemilihan tempat kelahiran ini kerana menurut mereka, walaupun lahir di hospital kerajaan, khidmat dan servis yang ditawarkan untuk golongan DiRaja ni, lagi gah dari hospital swasta.

“Arwah bapak aku pesakit kanser tahap 4 dapat katil buruk yang tak boleh naikkan sandar kepala”

Kalau korang nak tahu macam mana contoh wad DiRaja ni, gambar kat bawah adalah wad DiRaja di Hospital Tuanku Fauziah yang dikongsi di Twitter.

Memang mewah ni, kalau ambik bilik first class dekat hospital swasta pun tak dapat macam ni, tu belum lagi servis yang dorang bagi. Memang berkelas-kelas lah kan?

Tapi tak kisahlah, yang penting TMJ dan Che Puan Khaleeda dah pun selamat lahirkan anak yang confirm comel. Tak payahlah kita gaduh pasal benda ni, kita ukur baju dekat badan sendiri je lah, tak perlu nak terbang sama tinggi dengan helang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*