Tips Untuk Menghilangkan Bau Busuk Dalam Kenderaan..

‘Ewww, Busuknya Kereta kau Ni Man, Memang Tak Cuci Ke?’

Bila kawan dah tegur macam tu, takkan tak de rasa malukan.. 7 keturunan weii malu..

Bau busuk dalam kenderaan sangat mengganggu. Kebanyakan pemandu mengambil langkah mudah dengan menggunakan pewangi kenderaan.

Tapi ada setengah pemandu mengambil langkah bijak dengan menggunakan bahan semulajadi untuk menghilangkan bau busuk dalam kereta..

Cara Semulajadi Untuk Menghilangkan Bau Hapak Dalam Kenderaan Ialah: 

Arang

Cara pertama

  • Masukkan arang dalam tupperware, dan biarkan ianya terbuka.

Cara Kedua

  • Balut arang dengan kain, dan letak di tempat yang berbau.

Baking Soda/Serbuk Penaik

Cara Pertama

Letakkan sedikit baking soda kedalam tupperware, seperti penyedian arang sebelum ini..

Jika ingin cuci dan vacum kereta, taburkan sedikit baking soda keatas lantai kereta ketempat yang berbau selama 2 hingga 3 jam bagi menyerap bau yang tidak menyenangkan, selepas tu, baru boleh vacum.

Serbuk Kopi Dan Teh 

Serbuk tau… bukan air nye… heee..

Cara-caranya

Letakkan serbuk kopi atau teh keatas sehelai kain, kemudian ikat kain tersebut.

Daun Pandan

Daun pandan dapat mengembalikan kembali kesegaran dalam kereta anda.

Cara yang pertama:

Ambil 2 3 helai daun pandan, ikatkan daun pandan itu, kemudian letakkan dibawah tempat duduk.

Cara yang kedua:

Boleh hiaskan menjadi pewangi kenderaan. Cuma harus guntingkan menjadi halus-halus, kemudian masukkan dalam bag yang berlubang halus.. Dah siap, bolehlah digantung didalam kenderaan anda. Tapi setiap 2 hingga 3 minggu, daun pandan tersebut haruslah diganti. kerana bila daun pandan sudah kering, ianya sudah tidak berbau.

Limau Nipis

Sekiranya berlaku tumpahan makanan didalam kereta, bolehlah dibasuh seperti biasa, kemudian perah limau kasturi ditempat yang masih berbau. Biarkan seketika dan cuci semula..

Jus Lemon Dan Pati Limau Kasturi Boleh Dijadikan Spray Kereta.

Perahkan pati lemon dan tambahkan sedikit air lalu tambahkan sedikit cuka bagu mengelakkan kulat dan hapak.

VIDEO:

Cubalah sendiri untuk melihat hasilnya..

Semoga Bermanfaat..

 

Kredit Video: YoutubeMyNxDigital

 

Sumber: Lubukmaklumat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*