[VIDEO] “Lagu Dimata Mu Sufian Jadi Simbolik Memori Kelas, Sebaknya!”- Jadi Perhatian Netizen

Menerusi entri Instagram terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi ada memberikan aprisiasi istimewanya terhadap pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini di sebuah sekolah kerana menjadikan lagunya, Di Matamu sebagai lagu latar simbolik memori bersama.

Diambil menerusi Twitter, Sufian yang berkongsi video tersebut di Instagram turut menyatakan terima kasih dan rasa rindu saat berada di alam persekolahan.

“Sempena dengan musim ambil keputusan SPM baru-baru ni, saya upload video yang saya jumpa di Twitter @/‪Syazlianasazal1‬. Terus rindu zaman sekolah. Kepada adik-adik 5AWAM2, terima kasih menjadikan #DiMatamu sebahagian memori persekolahan kalian,” kongsi Pian.

Pada masa sama, bintang ini turut berdoa agar pelajar di dalam kelas tersebut berjaya dalam akademik dan kehidupan.

“Mesti kelas ni meriah dan jadi bualan guru-guru di sekolah. Saya doakan semua berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Kejarlah cita-cita kalian, buatlah ibubapa kalian bangga. The struggle youre in today is developing the strength you need for tomorrow.

“P/s: alamat dan username masing-masing pun kelakar,” tulisnya.

Posting yang mendapat hampir 40,000 tanda suka itu turut meninggalkan komen yang pelbagai di kalangan peminat. Terdahulu, keputusan SPM telah pun diumumkan semalam, di seluruh negara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: IG Sufian Suhaimi via Viral Kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*