[VIDEO] ‘Malu Kat Anak Cucu Nanti’ – Pengantin ‘Power Rangers’ DIKEC4M, Penganjur Tampil Jelaskan Situasi

Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video menyaksikan sepasangan pengantin baru dalam persalinan bertemakan adiwira Power Rangers. Rata-rata menyifatkan persandingan tersebut telah mencemarkan adat dan budaya keMelayuan.

Bagaimanapun, menerusi Facebook Wan Kedah, penganjur majlis tampil memberi penjelasan sebenar disebalik tema adiwira Power Rangers itu.

Video:

Video ini menyaksikan pasangan mempelai mengenakan pakaian lengkap adiwira Power Rangers berwarna biru dan merah jambu. Dihiasi juga dengan sampin yang dipakai pengantin lelaki manakala veil yang dipakai pasangannya. Namun, rata-rata netizen menyifatkan persandingan sebegini telah melenyapkan adat dan budaya Melayu.

Salam semua.dgn views video dah beratus ribu kot..dan komen2 agak kasaq. saya rasa bertanggungjawab kena clearkan isu ni

1. Ya saya organiser event geng mainan dan cosplay nama CTFKL atau Collectors Toy fair Kuala Lumpur… atau kelab pengumpul mainan kuala lumpur yg sah dah sudah diregistered.

2. Depa 2 ni memang geng cosplay lama dah(pakai costume la). 3. Sudah diijab kabul pada 12 mac 2019. 4. Ni merupakan bersanding kali ke 3..

5. Kami geng mainan hanya meraikan depa. Di event mainan.. dalam dewan tu kami dah macam family. 6. Depa pun mula berjumpa dan bercinta di CTFKL3 (2016) dan CTFKL4 (2018)

7.Kami cuma meraikan cara depa cara kami.
Sat saja 30 minit

Nama event pun kampong geng mainan.. ala macam ada org kawin di kampong la. Tapi kampong kami
Bukan kampong hangpa

8. Bacaan doa dan negaraku pun ada

Aku sini minta maaf kpd kedua pengantin baru kita serta keluarga dia.

*Ada kata pakai helmet sebab nak kawin 2. Hahaha lawak..

Tq semua geng menan yg defend dan cuba clearkan..

Harap clear la. Maafkan daku depa tak paham

Event tadi pun event amal utk anak yatim dan asnaf raudah gombak.

Tq. Saya yg sentiasa mencari menan. Wan Muhammad Aznan Dato Wan Azmi. Founder CTFKL. Kampong Bendang Man. 08200 Sik.Kedah #ctfkl2019

Selesai sudah kesemua majlis. Dari komen2 pakcik makcik bawang ada yg kata :

1. Malu kat anak cucu nak tgk gamba kawin sanding pakai power rangers 2. Malu 7 keturunan 3. Tutup muka sbb suami kawin lagi satu tapi xnak isteri pertama tau 4. Tak matang , sampai bila nak layan katun2 ni. 5. Hilang adat ! 6. Sanggup buat apa saja asalkan viral
Dan bermacam2 lg lah komen

Biar la kita bagi jawapan

1. Kami dah bersanding pakai full songket sebanyak 2x di 2 majlis , so mmg byk stok gamba bole tunjuk kat anak cucu cicit.

2. Yang malu 7 keturunan tu , kalau time nikah dah mengandung 4 bulan . Time aku sanding bulan lepas siap bapak aku sendiri yg request nak power rangers dtg ke majlis . So celah mana nak malu sgt tu. Family pun tau pasal hobi cosplay kami

3. Kami dua2 single sebelum kawin bole tnya mak pak kami kalau ko kenal la. Kalau xkenal duk diam jaga je laki masing2. Pompuan2 yg blom kawin pun mulut cam puaka ,harap nnt ko kawin bukan dgn laki org la ye sis.

4. Sebab layan katun la kami bertemu dan berkahwin . Walaupun kami minat katun , kami ada pekerjaan yg elok , mungkin lagi elok dari yg kata kami xmatang tu.

5. Refer jawapan no 1 penat nak ulang lah. Xkan nak pakai 7x songket 7x majlis cam elfira baru nak kata xhilang adat kot

6. Yg upload video bukan kami. Yg kasi viral pun bukan kami . Dah la xde kredit sapa punya video , tiada penerangan jelas pulak tu dgn apa yg terjadi membuat kan netizen2 mengutuk kami dgn meng khinzir buta.

Diharap dgn post ini dpt menutup segala bapak fitnah atau andaian yg xbaik. Semoga yg menyebar cerita xbenar tu insaf dan minta la maaf . Lagi2 bab kata kawin dua tu. Moga x terkena balik pada diri sendiri.

Terima kasih diucapkan kepada warga2 ctfkl dan rakan2 yg telah bersusah payah menyekolahkan tukang2 komen dan admin page sehingga ada gamba yg telah dipadam kerana caption yg kurang bijak. Masih ade juga admin2 yg berdegil xnak tukar caption , jadi tanggung la kamu berapa ribu yg komen fitn4h tu ye.

Alang2 promot sikit event minggu lepas , pada mereka yg minat nak tau lebih lanjut bole join group ini : CTFKL : Collectors Toy Fair KL OFFICIAL group : geng toy fair sak buton #PowerRangersKawin

Sumber: ohbulan dan fb Yuoichi Hayato, Wan Kedah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*